Assalamualaikum.........
dengan lafaz Bismilllahirrahmanirrahim laju plak jari jemari aku ni menekan keyboard....hihi...
sape kate berubah menjadi baik atau menjadi lebih baik tu senang? angkat tangan.....
sape rase susah angkat kaki......hihihi...
selama ni aku agak banyak jugak la baca buku2 motivasi inggeris, bila duduk kat rumah kakak aku, tertarik dengan satu buku ni... BAWA HATIMU KEPADA TUHAN karya ustaz Amaluddin Mohd Napiah... aku tertarik dengan satu perbincangannya di mukasurat 62 under subtopik -kita perlu kuat untuk berpisah dengan kejahatan.....
aku tuliskan kembali di sini
"seandainya ALLAH S.W.T mengutuskan malaikat kepada orang yang soleh iaitu pelaku kebaikan dan ketaatan untuk terus mendorongnya melakukan kebaikan, maka begitulah halnya dengan golongan fasik, iaitu pelaku dosa dan maksiat. dia menjadi individu yang bukan sahaja senang hati dengan maksiat, malah meengasihi dan mementingkannya, sehinggalah ALLAH S.W.T membiarkan syaitan-syaitan dan hawa nafsu mendorongnya ke arah kegelapan maksiat itu."
bagi aku, susah sebenarnya nak berubah menjadi lebih baik secara realitinya kat dunia ni... tapi, it is not something yang impossible to achieve........ akan jadi mudah bila betul2 mahu bertekad.... bermujahadah melawan nafsu.... niat yang ikhlas betul2 kerana ALLAH tanpa mengharapkan pujian manusia... (
sedar atau x..ade manusia (kita2 ni) bangga bila melakukan dosa... contohnya, bangga bila keluar dating berdua-duaan tanpa mahram..siap berpegang tangan atau menunjuk2 kepada orang lain..ade sister yang bangga bile mendedahkan aurat, tayang rambut blonde... guna jari pun boleh........
alaa, setakat berpegang tangan , bukan zina pun..... belum sampai seru lah nak pakai tudung, Malaysia ni panas lah..tunggu la tua sikit baru pakai tudung... aku memang sedih kalau belajar tinggi2, tapi bab2 agama ni fail..sebab nanti bila di hisab depan ALLAH xde lagi la yang aku baca setakat ni or belajar or aku dengar...ok.. yang ade sijil SPM hinggaPHD akan terima amalan dari tangan kanan, akan masuk syurga tanpa dihisab.. yang takde pelajaran or SPM xde dan ke bawah akan confirm dapat tangan kiri otomatik masuk neraka? ke ade ek? saper2 yang ade dengar tantang ni tolong bagitau aku, aku nak belajar dari dia, dari kitab mane? kalo ade memang aku x abis berguru lah ni... hihihi...
aku rasa pertama nak berubah adalah tekad untuk berubah mendapat kecintaan ALLAH... untuk tu, kena bersungguh betaubat kepada ALLAH. jgn sesekali bertangguh2 untuk berubah...
jangan kita jemu, malas, menangguh untuk bertaubat kepada ALLAH S.W.T. dalam buku ni, dia ade mention ayat yang bagi aku sangat mendalam...
"Ingat kita adalah anak-anak akhirat, bukannya anak-anak dunia"
sebagaimana yang dipesankan oleh Saiyidina Ali r.a:
"buangkanlah jemu, dalamilah ilmu, singkirkan kemalasan, fikirkan keampunan, buang sikap menangguh-nangguh, gantikan dengan taubat yang bersungguh. yakinlah di depan ada pintu taubat dan kerahmatan telah dan sedang terbuka luas buat orang-orang yang benar2 mahu bertaubat."
Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Az-Zumar:53)
bagi aku macam ni lah, setiap ape perkara yang kita nak ubah tu mesti istiqamah..ape benda plak istiqamah ni? yang pasti ia bukanlah sejenis kuih karipap...... (gurau je) istiqamah ni adalah ketetapan hati penuh dengan keazaman.. ni bahasa aku sendiri ye.......... maknanye kita tetap dengan pendirian kita...
aku teringat plak masa aku conduct satu sessi motivasi kat SMK ASSUNTA mase mula2 masuk matrik UIA...ni aku join saat2 akhir selepas kawan aku betul2 mintak tolong..FUHH..berpeluh gak la nak conduct..aku x pernah lagi conduct sekolah Bandar , sekolah mengah plak tu..aku xkan tarik diri atas sebab2 minor mcm ni..aku gagahkan jugak hati aku ni join..hope to learn something from it..i take it as a challenge.. ok..aku nekad...
memg aku terkejut, yelah, slama ni aku duk dalam kelompok yang selesa.. maksud aku kat sini aku dah faham sikit2 ajaran agama, solat, puasa, tutup aurat...semua buat....... tapi, kali ni betul2 menguji aku.......
diorang x solat sangat, on off.. x tutup aurat... masa ni aku tanya diorang ( ade cara dan panduan untuk bercakap hal macam ni..ianya x boleh direct) nak dipendekkan cerita, masa kitorang dah rapat2 selepas 2 or tiga sessi ngan diorang, diorang ade tanya aku pasal nak pakai tudung dan nak jadi baik...ALHAMDULILLAH......berjalan lancar gak akhirnya..sampai satu part tu, aku tanya diorang, kenapa x pakai tudung? diorang jawab.. mak dan sedara mara semua x pakai tudung..
"kak ilah, pelik la kalo kitorang je yang pakai tudung......... ok..aku dah agak dah akan kuar jawapan mcm ni..solat? jarang la... pernah ade seorang adik tu citer, satu keluarga dia x solat, dia mangaku islam hanya pada nama jer......... (sambil nangis2)... aku tanya diorang..tahu x solat dan menutup aurat tu wajib? dorang mengangguk..... siapa yang suruh? diorang jawab ALLAH... ok..aku menturkan lagi kata2....cube fikirkan kita sape dan ALLAH saper? manusia dan ALLAH sangatlah tinggi perbezaannya.... aku tanya lagi..nanti apabila kita mati siapa yang akan kita hadap? diorang jawab ALLAH... mane lebih penting tuk dijaga..hubungan dengan ALLAH pastinya.... jgn pedulikan cakap2 manusia yang dengki bila kita berubah, aku cakap lagi sbgai provokasi, diorang yang mengata ni ke yang akan tolong kat akhirat nanti?........... ape yang perlu kita buat ialah berdoa untuk terus istiqamah , biar ALLAH bukakan jalan walaupun ape yang kita buat sekadar mampu...aku pesan kat diorang, kalau kita baik kita akan dijadikan teladan, even pada orang yang lebih tua dari kita... ALHAMDULILLAH... ade mula2 telefon aku bagitau yang dia dah bertudung dan solat dengan sempurna.... dia kata kat aku," kak ilah, betul la mase mula2 tu susah, tapi x mustahil"
.... skang ni ibu dia pun dah bertudung... ada jugak yang x berjaya lantaran persekitaran, memg x sepatutnya dijadikan alasan, tapi dia kata dia cuba akan pakai tudung dan menutup aurat dengan sempurna... dia cerita kat aku, pernah dia nak g kenduri auntie dia kat cheras, dia mintak nak pakai tudung ngan mama dia, sambil membela tudung d cermin depan, papa dia lalu dan berkata " x yah lah kak long pakai tudung... nampak pelik jer... mama dia menambah.... mama pun rasa sama, x yah pakai tudung nanti malu plak sedara2 tengok, macam pelik jer...aku terdiam..mcmane aku nak jelaskn untuk situasi mcm ni..aku cakap kat dia, banyakkan doa supaya mama dan papa or sedara mara berubah hati.....menjadi lebih baik..ALHAMDULILLAH.. latest brita yang aku dengar dia dah berjinak2 ngan tdung dan sejak dia ade pluang masuk matrikulasi kedah dia memg dah pakai tudung sepenuhnya dan dia terangkan kat mama n papa dia kewajipan bertudung....knapa di wajibkan bertudung, skranng ni dah xde halangan dari papa dan mama dia, dia dah x pedulikan kate2 orang sekeliling lagi........ keep it up!!! moga ALLAH berikan sebesar2 ganjaran tuk orang yang ingin berubah ni memandangkan ianya adalah suatu ibadah yang sangat2 dituntut..
Jom!!! jihad melawan nafsu bermula sekarang..........!!!!
buat NOR AIDILLAH BINTI HARUN anda terlalu banyak kekurangan yang perlu diperbaiki dan anda perlu menjadi orang yang baik dan lebih baik....
Tanamkan azam menjadi yang terbaik di dunia dan Akhirat...Aminnn........
No comments:
Post a Comment