Nuffnang

Sunday, May 12, 2013

MY SUPERDAD....... AYAH..25.10.1937-11.01.2013

DEAR EN.HARUN BIN ABU BAKAR....

DO YOU KNOW THAT I REALLY MISS YOU.......
11.01.2013, THE DATE THAT I WILL NEVER FORGET IN MY LIFE...
THANK YOU FOR RAISING ME UP WITH YOUR LOVE.........
I ALWAYS PRAY THAT YOU ARE IN "HIS" BLESSING THERE, REALLY I MISS THE MOMENT WITH YOU..
REALLY MISS YOU VOICE, REALLY MISS YOUR ADVISE, REALLY MISS EVERYTHING BOUT YOU....

AYAH,
SETIAP HARI KALAU INGAT AYAH, TAK HENTI-HENTI MENGALIR AIRMATA.. KADANG-KADANG TERTANYA-TANYA APA YANG AYAH TENGAH BUAT, BAHAGIA KE AYAH KAT SANA?AYAH RINDUKAN KAMI TAK MACAM KAMI RINDUKAN AYAH KAT SINI? RINDUNYA NAK JUMPA AYAH... TIAP KALI HARI JUMAAT WAKTU SUBUH, MESTI TERINGAT KALI TERAKHIR KITA BERPISAH, SAAT AYAH MENGHADAP ILAHI... TENANG JE AYAH PERGI WAKTU TU...DUNIA KITA DAH BERBEZA KAN AYAH?, TAPI AYAH RINDUKAN KAMI TAK...

AYAH,
AYAH TAHU TAK, RASA LAIN BILA BALIK KAMPUNG AYAH TAKDE, RASA SUNYI JE RUMAH........DULU, BILA BALIK, ADA AYAH KAT KERUSI MALAS DEKAT BERENDA RUMAH, SEKARANG DAH TAKDE LAGI, KERUSI MALAS TU PUN RINDU KAT AYAH, KALAU KERUSI MALAS TU BOLEH BERKATA-KATA, IA AKAN RINDUKAN AYAH JUGA, KAT SITULAH AYAH MENGAJI, BACA ZIKIR-ZIKIR UNTUK AYAH HAFAL, KAT BERENDA TU JUGAKLAH KITA SELALU BERBORAK-BORAK PETANG KADANG-KADANG BILA BALIK SEMUA ADIK BERADIKTEMPAT ,AYAH  TIDUR KADANG-KADANG SAMPAI PAGI... AYAH... RINDU SANGAT KAT AYAH... RASA TAK SEMPAT LAGI BALAS JASA AYAH...

AYAH,
AYAH MAAFKAN ORANG TAK AYAH? ORANG TAK PERNAH ADA WALAU SEKECIL ZARAH PUN DENDAM KAT AYAH.. ORANG TAHU, KALAU SELAMA NI ORANG YANG BANYAK BUAT SALAH DENGAN AYAH... WALAUPUN AYAH GARANG, TAPI ORANG TAHU, ITU CARA AYAH MENDIDIK KAMI ADIK BERADIK... HANTAR SEKOLAH AGAMA, BIAR JADI ORANG BERGUNA KATA AYAH..DIDIK KAMI ADIK BERADIK PENUH DISIPLIN, WALAUPUN KITA ORANG SUSAH KAN? TAPI, ITU BUKAN PENGHALANG AYAH BAGI YANG TERBAIK PADA KAMI TERUTAMANYA BAB AGAMA DAN PENDIDIKAN... MALAH, AYAH NAK SANGAT TENGOK ORANG JADI LAWYER, ITULAH PENGUAT SEMANGAT ORANG SETAKAT NI, WALAUPUN SEBENARNYA ORANG DAH RASA KOSONG DAN PUTUS HARAPAN LEPAS AYAH TAKDE, LEPAS K.NOR TAKDE..DAH HANCUR LULUH HATI ORANG NI AYAH, RASA TAK NAK TERUSKAN LAGI CHAMBERING, TAPI DEMI AYAH, DEMI MAK, DEMI K.NOR DAN KELUARGA, ORANG TERUSKAN JUGAK,..SEKURANG-KURANGNYA ORANG AKAN TUNAIKAN HARAPAN AYAH UNTUK BERGELAR LAWYER, SIKIT JE LAGI AYAH, WALAUPUN AYAH X SEMPAT NAK TUNGGU ORANG JADI LAWYER, TAPI SEMANGAT AYAH AKAN TERUS ADA KAT HATI ORANG SAMPAI BILA-BILA....

AYAH..
WALAUPUN DI MATA ORANG LAIN AYAH ORANG KAMPUNG JE, AYAH TAK PERNAH GAGAL UNTUK MEMBERI YANG TERBAIK PADA KAMI ADIK BERADIK, ORANG TAK PERNAH MENYESAL JADI ANAK AYAH WALAUPUN AYAH GARANG, ITU CARA AYAH DIDIK KAMI ADIK BERADIK KAN? PENUH DISIPLIN..... ITU SEBENARNYA YANG ORANG RINDUKAN DALAM DIRI AYAH... ORANG RINDU DENGAN SOALAN AYAH TIAP-TIAP KALI BALIK SEMULA DARI KAMPUNG UNTUK BELAJAR, "ILAH, ADA DUIT LAGI TAK? CUKUP KE DUIT?" KALAU TAK CUKUP DUIT, BAGITAHU LAA... JANGAN SAMPAI TAK MAKAN PULAK, MAKAN BANYAK SIKIT".... AYAH ORANG RINDU AYAT AYAH TU SEMUA... EVEN, ORANG DAH CHAMBERING KAT KL, ORANG DAH ADA ELAUN, AYAH TETAP TANYA BENDA YANG SAMA, INGAT LAGI, ORANG NAK BAGI AYAH DUIT MASA ELAUN PERTAMA ORANG, AYAH TOLAK.. AYAH KATA.".XPELAH..TAK PAYAH BAGI AYAH, ASALKAN LEPAS MAKAN PAKAI DIRI AWAK CUKUPLAH, X YAH BAGI AYAH.." MENDALAM SANGAT MAKSUD AYAH, IKHLAS SANGAT AYAH MEMBESARKAN ORANG JADI ORANG BERGUNA, TAK PERNAH MENGHARAPKAN WANG RINGGIT PUN, PASTU AYAH TANYA LAGI.." CUKUP TAK DUIT TU, KALAU TAK AMBIL DALAM DOMPET AYAH "

 AYAH.........................
ORANG RINDU AYAH....ORANG RINDU NAK BERGURAU DENGAN AYAH LAGI WAKTU KITA MAKAN SAMA-SAMA, GELAK SAMA-SAMA... SEMBAHYANG SAMA-SAMA, TARAWIKH SATU KELURGA...

YA ALLAH,
KAU TEMPATKANLAH AYAHKU DI KALANGAN ORANG YANG BERIMAN DAN BERAMAL SOLEH, WALAUPUN AYAHKU TAK SEMPURNA DI MATAMU, NAMUN, MANUSIA MANA YANG TAK PERNAH MELAKUKAN KESILAPAN, TAPI DI MATA KAMI DIA ADALAH AYAH YANG TERBAIK, DIA TAK PERNAH GAGAL YA ALLAH MEMBERIKAN KAMI DIDIKAN AGAMA YANG BAIK, DIA DAH LAKUKAN YANG TERBAIK UNTUK KAMI ADIK BERADIK, DIA BERJAYA DI MATA KAMI YA ALLAH MEMBAWA KAMI KE JALANMU... JUSTERU, TEMPATKANLAH DIA DI SYURGAMU, AMIN.......

AYAH,
SEMOGA KAU SEJAHTERA DI SANA BERSAMA PENCIPTAMU YANG ABADI, DAN KAMI SENTIASA MERINDUKANMU DAN MENDOAKANMU DI SETIAP SOLAT KAMI....... TERIMA KASIH AYAH, MY SUPERDAD......


Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan 
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan
Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati...

Sunday, January 27, 2013

JANGAN SESEKALI MEMANDANG REMEH....

MANDI WAJIB | Ramai Yang Tidak Sah Mandi Wajibnya? DI COPYPASTE DARI FACEBOOK... sekadar perkongsian bersama....

Assalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.


Mandi wajib yg betul….. Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.


Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.



“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .



Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”



Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan. Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.



Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.



Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.



Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.



Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.



Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?.. Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.



Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.



Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.



Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.



Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .



Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.



Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.



Panduan Tambahan :

1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.



2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.



3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).



4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.



5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.



6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.



Rahsia 13 Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……





1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.



Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

Tuesday, January 1, 2013

Salam tahun baru 2013...


assalamualaikum.....
terasa pantas tahun 2012 meninggalkan kita...
nostalgia2 yang indah, yang sedih...
kehilangan kakak sulungku ketika aku sedang bergelut dengan peperiksaan akhir untuk second degree aku... Subhanallah.. aku rasa itulah yang paling menyedihkan dalam sejarah2 noltalgia 2012.... tapi, apapun hidup perlu diteruskan.... selamat datang tahun baru 2013 ... dan k.nor tetap dalam ingatan dan doa2 kami adik beradik......
ape yang aku nak tahun ni adalah merasai  kemanisan iman...  ya allah berikan aku kekuatan untuk menjadi yang terbaik bukan pandangan manusia, tetapi pada pandanganMu Ya ALLAH...
NIat kejar akhirat mulai tahun ini- in shaa ALlah dunia akan kejar kita- Dato FAdzilah Kamsah
sekadar renungan untuk diri aku yang lemah dan kerdil dan selalu kalah dengan hasutan dunia..... ada lagi tak ciri2 yang ada pada  imam Ghazali yang begitu berhikmah dalam menyusun kata2nya dalam dunia ni?
Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ?"
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."

IMAM GHAZALI" Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ?"
Murid 1 = " Kapas"
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun"

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "
Murid- Murid dengan serentak menjawab = " Pedang "
Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA . Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "
Ya ALLAH, semoga tahun 2013 ini menjadi titik permulaan untuk aku menjadi lebih baik dan lebih berjaya... bukan setakat dunia..tapi yang paling penting berjaya kat akhirat......tak guna pun jika kita berjaya kat dunia, tapi akhirat kita fail.... tahun 2013 ni aku harap aku menjadi yang terbaik di Mata ALLAH walaupun aku bukanlah seorang yang sempurna di mata manusia..
Ya ALLAH...permudahkanlah urusanku  dalam mencapai redhaMu.........

Tuesday, November 27, 2012

sangat kreatif kan??!!!

assalamualaikum....
tertarik dengan satu artikel ni..gaya penulisan yang kreatif..sila like page di FB "bercinta selepas nikah". sila klik  di sini.
sangat simple tapi ada mesej yang sangat mendalam..santai tapi tersirat...

selamat membaca:-

:Awak2.. 
maaf tumpang tanya? 
lorong CINTA,jalan SAYANG,
kampung RINDU,daerah KASIH SAYANG,
poskod 1.4.3 pekan HATI,
bandar I MISS YOU.
dekat mana ya ?

Teman istimewa: Awak jalan terus ikut jalan ILAHI,
nampak simpang 3 masuk belah kanan ,
ikut jalan NIKAH ,
sepanjang jalan tu awak akan nampak belah kanan , kedai BATAS BATAS PERGAULAN dan sebelah kiri pasar sibuk sikit ,
iaitu pasar PERSIAPKAN diri.. haa tu tandanya awak berada di jalan yang betul , semoga sampai.

p/s: yang penting ikut JALAN ILAHI tu, if x jumpa jalan tu, Confirm sesat punyalah.... bila dah tak jumpa jalan tu, silap2 simpang 3 tu nampak jalan sehala je.....U-turn pun susah nak cari... itupun if ingat nak U-turn..yang tak ingat U-turn terus sesat selama2nya terus masuk jalan ke neraka..NAUZUBILLAH.... 

Thursday, November 22, 2012

Qunut Nazilah..

Assalamualaikum...
1 Muharram 1434H menyaksikan bumi suci Palestin dibedil bertalu-talu oleh tentera zionis Israel Laknatullah.. sayu tatkala melihat di dada2 akhbar, di Youtube penderitaan rakyat Palestin akibat bedilan2 Rejim Zionis, peluru yang tak bermata menyaksikan kanak-kanak sebagai mangsa, begitu juga kaum wanita yang tidak berdosa... ALLAHUAKBAR..apakah tidak sedikitpun tentera dan rejim zionis ini mempunyai sedikit belas kasihan? begitu keraskah hati mereka? tidakkah pernah mereka terfikirkan jika yang di bom itu adalah keluarga mereka sendiri....apa perasaan mereka? SUBHANALLAH... sampai sekarang rasanya tak mungkin ada jawapan untuk persoalan ni... memang hati mereka sekeras batu....

Mari kita sama amalkan qunut nazilah untuk saudara-saudara kita di Palestin, mungkin inilah sekecil2 sumbangan yang boleh kita hulurkan untuk saudara2 kita di sana... Qunut Nazilah ni diambil dan dicopy dari web bekas pensyarah aku yang aku sangat kagumi.....Dr. Zaharuddin.



اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
Maksudnya : "Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU."
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.

Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
اللهم اُنْصُرِ المُسْلِمِيْنَ وَالمُجَاهِدِينَ عَلىْ اليَهُود..اللّهم انْصُرْناَ عَلَيْهِم فِي كُلِّ مَكَانٍ..اللّهمّ أَرِناَ فِيْهِمْ عَجَائِبَ قُدْرَتِكَ .. اللّهمّ أًحْصِهِمْ عَدَداً وَاقْتُلْهُمْ بَدَداً وَلاَ تُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَداً..اللّهمّ اجْعَلْهُمْ غَنِيْمَةً لِلْمُسْلِمِيْن..اللّهمّ اجْعَلْ سِلاَحَهُمْ فِي صُدُوْرِهِمْ وَكَيْدَهِمْ فِي نُحُورِهِمْ وَتَدْبِيْرَهِمْ تَدْمِيْراً لهَمُ , اللّهمّ اْجْعَلْ الملائكةَ تُعِيْنُ المسلمين ..اللّهمّ سَدِّدْ رَمْيَهُمْ .. اللّهمّ سَدِّدْ رَصَاصَهُمْ
Erti : Ya Allah, bantulah muslimin dan pejuang Islam dalam petempurannya dengan Yahudi, Ya Allah bantulah kami untuk mengalahkan mereka di mana-mana sahaja, Ya Allah tunjukkanlah kepada mereka keajaiban kuasaMu, Ya Allah jadikanlah mereka boleh dibilang, dan bunuhlah mereka sebinasanya, dan janganlah engkau lepaskan mereka walau seorang. Ya Allah jadikanlah senjata dan harta mereka sebagai harta rampasan di tangan kaum Muslim, Ya Allah jadikanlah senjata mereka mengenai dada mereka sendiri, dan helah mereka mengenai tengkuk mereka, dan perancangan mereka penghancur mereka sendiri, Ya Allah jadikanlah para Malaikat membantu kaum Muslimin, Ya Allah tepatkanlah tembakan dan lontaran mereka
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد ... اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau mengahncur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
Semoga apa yang kita lakukan ini dipandang dan diterima oleh ALLAH.sama2 kita amalkan.....

Thursday, November 15, 2012

INSPIRASI HATI...


assalamualaikum...

salam maal hijrah 1434 H.. sekadar perkongsian hati yang aku dapat dari satu laman facebook ni... 

Seorang Muslimah akan senantiasa menjaga hatinya, cintanya dan dirinya hanya utk seseorang yg kelak di halalkan oleh dunia dan akhiratnya, dia tidak akan mengungkai kalimat2 cinta yg indah kepada sesiapa, dia tidak akan membiarkan dirinya dinikmati oleh semua mata. Dia akan menjaga dgn baik,, meskipun ia tahu itu fitrahNya utknya.

Allah Ta'ala senantiasa memberi ganjaran utk hamba-Nya yg sabar. Sebuah cahaya dlm kegelapan, sebuah senyum di sela lara hati, sebuah kemudahan di sebalik kesulitan, dan kata ''Aamiin'' dalam setiap do'a kita kpd-Nya.


Sesungguhnya Wanita Itu Cantik


Ada cara yang mudah dan murah untuk membuat perempuan cantik, meskipun secara fizikal mereka kurang menarik.

Yang pertama sekali harus dilakukan adalah mendefinisikan kembali makna cantik tersebut. Cantik bukan
masalah fizikal semata-mata. Kecantikan sejati juga boleh diraih dengan memaknakan kecantikan sebagai berikut:

1. Kecantikan perempuan ada dalam iman taqwanya yang menyejukkan mata kaum lelaki.

Seorang perempuan yang menghias dirinya dengan iman dan taqwa akan memancarkan cahaya syurga. Dengan kepatuhannya menjalankan ibadah, ia akan terpesona.Yangboleh memberikannya kecantikan abadi, magnet alami. Tak perlu kosmetik, perfume atau penampilan berlebihan, lelaki akan tertarik padanya.

2. Kecantikan perempuan ada pada kehangatan sikapnya yang mampu menggetarkan sensitiviti dan kecintaan lelaki..

Secara umum lelaki memang responsif terhadap perempuan yang bagus fizikalnya. Tapi ketertarikan itu tak kekal, boleh membuatkan lelaki bosan. Kehangatan kasih sayang dan cinta kasih yang tuluslah yang akan membuat lelaki aman berada di sisinya. Tak boleh melupakannya.

3. Kecantikan Perempuan ada pada kelembutan sikapnya.

Kelembutan bukan berarti lembik dan manja. Kelembutan seperti roti. Meskipun sedikit, tapi mengenyangkan. Dari  manapun roti berasal, ia tetap lembutbegitu juga wanita, fitrahnya mempunyai jiwa dan hati yang lembut. 

4. Kecantikan perempuan berada dalam pandangannya yang teduh dan suaranya yang hangat.

Walau mata tak seindah bintang kejora, setiap perempuan bisa memiliki mata embun. Teduh. Sejuk. Tak mudah beremosi. Menyikapi tingkah laku sekitarnya secara bijak. Ia selau berprasangka baik. Perkatannya bukan pisau yang menikam. Perkataannya adalah bara yang menyalakan semangat di dada. Tak ada kata sia-sia yang terucap dari bibirnya.

5. Kecantikan perempuan berada dalam senyumannya yang menambah kecantikannya dan membuat gembira hati orang yang melihatnya.

Senyum adalah sedekah. Murah senyum tanpa bermaksud menggoda apalagi berlebihan boleh membuat wajah indah. Meskipun berwajah cantik, tapi jika malas senyum, hanya aura negatif yang akan ditangkap oleh orang-orang di sekitarnya

6. Kecantikan perempuan berada pada keintelektualnya.

Ukuran intelektual bukan pada ijazah sarjananya atau di mana ia pernah menuntut. Banyak ilmu-ilmu yang boleh di ambil dari sekitar, yang membuat si perempuan mejadi cerdik. Kehidupan adalah sekolah yang tak pernah tamat sebelum ajal menjelang. Tak ada sekolah untuk menjadi isteri yang baik. Tak ada universiti yang melahirkan ibu yang baik. Ruang dan waktulah yang akan membentuk perempuan menjadi isteri dan ibu yang baik.

7. Kecantikan perempuan berada pada seberapa jauh pengetahuannya akan tanggungjawabnya terhadap keluarga, rumah, anak-anak , masyarakat dan umat manusia.

Perempuan adalah sekolah pertama bagi anak-anaknya. Seberapa jauh pengetahuan seorang perempuan akan terlihat dari tingkah laku keluarganya. Ia selalu berusaha menjadi orang yang bermanfaat bagi sekitarnya. Mengambil peranan penting dalam rangka memperbaiki lingkungan. Lihatlah lelaki-lelaki yang berjaya,  Di sebalik kejayaannya, pasti ada perempuan yang menemaninya. Menjadi pendukung nombor satu, tempat kembali saat sang pahlawan lelah berjuang.

8. Kecantikan perempuan berada pada kemampuan dan keinginannya untuk memberi.

Orang boleh miskin harta, tapi ia boleh kaya hati. Selalu memberi, tanpa mengharap sebarang balasan. Ia senang ketika orang lain senang. Ia sedih ketika orang lain sedih. Kemurahan hatinya membuatkan wajahnya bersinar. Membuat ia selalu dirindukan, meskipun dirinya biasa-biasa saja.


Kecantikan-kecantikan ini sifatnya abadi.

Akan dikenang meskipun si perempuan telah tiada.

Tidak seperti kecantikan lahiriah yang sementara.

Setelah tua, ketika senja menyapa, ia tak menarik lagi.

Manakah yang akan Anda pilih?

Kecantikan sementara atau kecantikan abadi?

Semoga bermanfaat...

p/s: thank to laman  jilbab itu indah dan cantik. moga tahun baru 1434 H akan menjadikan kita insan yang lebih baik... selamat menghijrahkan diri kepada yang lebih baik.....ameen...

Tuesday, February 28, 2012

Ya ALLAH, PLEASE GIVE TO NOR AIDILLAH BINTI HARUN STRENGHT......

ASSALAMUALAIKUM..........
This semester gonna be my last semester for my second degree in Shariah Law (LLB_S) (Hon.) after my degree in Bachelor of Law (civil) (Hon.)  ..
for That, I hope that this semester can create a wonderful history ever in my life time as a student..
i hope that  i get dean's list for this semester and best shariah student in my respected kuliyyah (AIKOL)........
YA ALLAH..... please listen this doa...
really i need that strenght........ only you know the best for me.....
permulaan sem yang sedikit diuji dengan kesedihan..
Hanya ALLAH yang tahu.....
Ya ALLAH, berikan aku kekuatan untuk aku menghadapi hari2 yang mendatang...
really Ya ALLAH, i need that strenght........... help me Ya ALLAH.....

Monday, February 27, 2012

Native Deen ~Not Afraid to Stand Alone~


Assalamualaikum..............Last two night i watched very energetic and great perfomance by the contemporary Nasheed Group from U.S called as Native Deen (Washington D.C if i'm not wrong).... Native Deen's music combines a hip hop style with islamical lyrics and uses percussion instrument which are really good and "fresh".

Really ..it was very, very & very great........... tak menyesal bayar RM2..hihihi....... Thanks to my friend yan,ain dan Busra yang sudi mengajakku ke konsert malam tu....
inilah lagu yang paling aku suka....
 
I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Single mother raising her children
And Now she's a Muslim
Started praying and wearing a headscarf
It Was a healing for her heart

Struggling with no one to lean on
But with prayer she would be strong
Had a job but then she was laid off
Got a better education and it paid off

She was called for a job that she dreamed of
Close by, great pay -she was in love --
They brought her in -- told her shes the 1 pick
You got the job, but you gotta lose the outfit"

It's a tough position that you put me in
Cause look at my condition, and my two children
But I'll continue looking for a job again
Cause my faith and my religion I will never bend

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Peer pressure, they were insisting
And I was resisting
Some days.... I felt I would give in
Just wanted to fit in

I know.....when I'm praying and fasting'
They be teasing and laughing
So I called to my Lord for the power
For the strength every day, every hour...

one day there's a new Muslim teacher
Single mom and the people respect her
Just seeing.... her strength I get stronger
They can break my will no longer

You don't see me sweatin' when they're jokes cracking
Never see me cussing' with my pants saggin'
I aint never running Yo Im still standing,
sorry I aint jumping on your band wagon, cause...

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high

Now, I'm a tough one, who can bear their blows
The rest play dumb, they don't dare say no
Scared of being shunned, but its clear they know
I aint never gonna run, I aint scared no more....

Man, these sisters be resolute
Never stressed when the rest say they wasn't cute
And the get the respect of the other youth
Come best with the dress yo and thats the truth

These sisters are strong gonna hand it down
So me Im a brotha gotta stand my ground
No fear, Im tough Im the man in town
Peer pressure no more, its my planet now

Others may fall, but Im hold my own
With Allahs help I'll be strong as stone
And I'll be the one to let Al Islam be shown
Cause I am not afraid yo to stand alone

I am not afraid to stand alone
I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
I am not afraid to stand alone
Everything is gonna be alright
I am not afraid to stand alone
Going keep my head up high

I am not afraid to stand alone
If Allah is by my side
Everything is going be alright
Going to keep my head up high












Sunday, February 5, 2012

salam..............
salam maulidurrasul kepada semua......
selamat berselawat banyak2 bukan untuk hari ni aje tapi tuk setiap hari dan setiap masa INSYAALLAH...
 
teringat lagu kumpulan hijjjaz.... selamat menghayati lagu ini
Dia Kekasih Allah

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِي سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمُ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ اللهِ عَلَيْكَ
salam Maulidurrasul.....